Thursday, December 27, 2012

Rindu si dia..






"sedihku ini x ada arti, jika Kaulah sandaran hati...."


Rindu pada dia, yang bilamana saya dalam kesedihan, cepat saja dia memahami.
terus dia akan senyum. Sambil menggenggam tangan saya, dia akan cakap.." ya ukhti, senyum...:) "
sering sahaja, bila saya sedih, dia akan mengingatkan betapa Allah datangkan kesedihan itu sebagai satu rahmat, supaya kita kembali dekat padaNya. Dia yang sering mengingatkan tentang sabar dan syukur. tentang cinta Allah yang tak pernah luput. Saat tu, Allah sahaja yang tahu, betapa bersyukurnya saya, punya sahabat yang sangat mengerti. Senyumannya yang mendamaikan..Sungguh saya merinduinya..


Kami dipisahkan jarak beribu batu. Namun, dia tak pernah jauh..Kerana hati kami dihubungkan dengan ikatan yang kuat. Tali aqidah...dan medium pertemuan kami adalah doa.

Bisikan doa tu, walau dia tak mendengarnya, saya tahu, Allah sentiasa mendengar. Allah sentiasa mengerti..

Saya rindu sahabat saya...sahabat terbaik saya. In shaa Allah, moga ukhwahfillah ini sampai syurga..:)

"Ya Allah, tolong jagakan dia, kerana dia sahabatku..
Ya Allah, sayangilah dia, kerana hambamu ini sangat sayang padanya..
hamba tahu hamba tak mampu menyayanginya sebagaimana Engkau menyayanginya...

kerana itu ya Allah, peliharalah diriku ini dan peliharalah dia, sahabatku...

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu melebihi kecintaan kami pada yang lain..
Ya Allah, berikanlah kami cintaMu..
Ya Allah, sampaikanlah padanya, bahawa aku mencintai dia, keranaMu...

Wahai Tuhan yang memegang hati-hati...Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati kami dalam perjuangan meraih redhaMu.."

No comments:

Post a Comment